SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH

Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, 72120 Seri Jempol, N.S.D.K.

Sejarah SEK. KEB. PULAPAH

SK PULAPAH telah ditubuhkan pada 25 Disember 1985, atas cadangan YAS Tuan Andy Murugesu, Komandan PULAPAH pada waktu itu. Walaupun wujud secara menumpang di bangunan sekolah undang-undang PDRM PULAPAH, SK PULAPAH mampu memberi pendidikan awal kepada anak-anak anggota PDRM yang bertugas di PULAPAH. Bersekolah pada sesi petang, bilangan murid perintis pada awal penubuhannya ialah seramai 170 orang dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 10 orang.

Pada Disember 1989, SK PULAPAH telah mempunyai bangunannya sendiri yang terletak kira-kira 1.5 km dari kawasan penempatan penduduk PULAPAH. Sekolah ini terdiri dari 2 blok bangunan 2 tingkat yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, pejabat, bilik guru, pusat sumber, stor dan tandas. Sebuah padang dan kantin juga turut disediakan.

Kini, setelah hampir 25 tahun kewujudannya, SK pulapah telah berkembang bukan sahaja dari segi fizikal malah telah meletakkan namanya sebaris dengan sekolah-sekolah elit dan bestari yang tersohor di Negeri Sembilan

Kekuatan tenaga kerja pada tahun 2004 adalah 13 orang guru termasuk Guru Besar, seorang Pembantu Tadbir N17, seorang Pembantu Am Rendah dan 2 orang PRA sambilan. Bilangan murid ketika itu adalah seramai 150 orang.

Bermula dari tahun 1997, saban tahun nama SK PULAPAH tidak pernah tercicir dari senarai penerima Anugerah Akademik Cermerlang JPNS. Dalam bidang kokurikulum pula, nama SK PULAPAH begitu gah dalam permainan bola tampar di peringkat negeri. Beberapa orang murid SK PULAPAH juga telah terpilih untuk bermain di peringkat kebangsaan.

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

MOTTO

HIDUP MESTI BERILMU

PIAGAM

Kami guru-guru & kakitangan SK PULAPAH dengan penuh tekad dan iltizam berikrarakan menumpukan seluruh tenaga kami untuk:

 

  • Memberi peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sempurna.
  • Membentuk budaya kerja dan tenaga kerja yang dedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
  • Mengimplementasikan dan menyerap nilai-nilai murni di kalangan murid.
  • Mengambil perhatian dan tindakan keatas segala masalah dan aduan dalam tempoh satu minggu.
  • Berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan berkanun.
  • Sentiasa memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan bersedia menerima cadangan untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

 

Anugerah Kecermelangan SEK. KEB. PULAPAH

 

 TAHUN

 ANUGERAH - ANUGERAH AKADEMIK UPSR

 SUMBANGAN

 1997

 Hadiah Peningkatan Pencapaian Purata Pendidikan (H4P) Pertama

 Sijil Penghargaan JPN

 1998

 Hadiah Peningkatan Pencapaian Purata Pendidikan (H4P) Pertama

 Sijil Penghargaan JPN

 1999

 Tiada

 Tiada

 2000

 Hadiah Peningkatan Pencapaian Purata Pendidikan (H4P) Pertama

 Sijil Penghargaan JPN

 2001

 Hadiah Peningkatan Pencapaian Purata Pendidikan (H4P) Kedua

Anugerah Akademik Cemerlang 2001

Sijil Penghargaan JPN

 2002

 Anugerah Akademik Cemerlang 2002

 Sijil Penghargaan JPN

 2003

 Anugerah Akademik Cemerlang 2003

  • Peningkatan pelajar 5A dari 2 orang kepada 5 orang
  • Peratus pencapaian lulus daripada 90.9% kepada 94.4%
  • Gred purata sekolah 1.53 berbanding 1.73 dalam UPSR 2002

Sijil Penghargaan JPN

 2004

 Anugerah Akademik Cemerlang 2004

Anugerah Akademik Terbilang JPNS UPSR 2004

 Sijil Penghargaan JPN

 2005

 Anugerah Akademik Cemerlang 2005

Anugerah Akademik Terbilang JPNS UPSR 2005

 Sijil Penghargaan JPN

 2006

 Anugerah Akademik Cemerlang 2006

Anugerah Akademik Terbilang JPNS UPSR 2006

Pencapaian Cemerlang UPSR 2006

 Sijil Penghargaan JPN GMGBNS

 2007

 Anugerah Akademik Cemerlang 2007

Anugerah Akademik Terbilang JPNS UPSR 2007

Berjaya Dalam UPSR 2007

Pencapaian Cemerlang UPSR 2007

 Sijil Penghargaan JPN GMGBNS

 2008

 Anugerah Akademik Cemerlang 2008

Pencapaian Cemerlang UPSR 2008

 Sijil Penghargaan JPN GMGBNS

 2009

 Lulus & Pencapaian CPGA 100% dalam Kecemerlangan Akademik UPSR

Anugerah Cemerlang Pesurusan Bilik Darjah Tahun 1

Anugerah Tempat No. 2 Dalam Kecemerlangan Sekolah-sekolah.

 Sijil Penghargaan JPN